Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dilaporkan telah tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.
“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” ujarnya semasa dibawa ke mahkamah berkenaan.
Menurut laporan Sinar Harian lagi, ia sekaligus mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
Seorang peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan bahawa beliau telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu turut tiba di mahkamah kira-kira jam 8.25 pagi.
Sementara itu memetik portal Berita Harian, semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon sambungan reman kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa.
Terdahulu pasangan itu dibawa ke mahkamah pukul 9.30 pagi kerana hari ini merupakan tamat tempoh reman tujuh hari terhadap pasangan itu selepas mereka ditahan pada Jumaat minggu lalu.
Pasangan itu dilaporkan telah ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Sebelum ini negara digemparkan berita Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia sehari selepas kehilangannya dilaporkan media.
Jasad kanak-kanak malam itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman di Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, 6 Disember tahun lepas.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian, BH Online
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI