Wednesday, December 10, 2025

Polis wanita bakar suami kaki judi

June 10, 2024
1 min read

JAKARTA – Seorang anggota polis wanita Indonesia nekad membakar suaminya hidup-hidup kerana lelaki berkenaan suka berjudi, lapor portal berita Kilat.com.

Kejadian berlaku di kediaman pasangan suami isteri itu di Kota Mojokerto, wilayah Jawa Timur.

Suspek bernama Fadhilatun Nikmah dilaporkan membakar suaminya yang juga seorang anggota polis, kerana mangsa sering menghabiskan duit gajinya bermain judi online.

“Dia kerap menghabiskan wang belanja yang seharusnya digunakan untuk menyara hidup tiga anak kami.

“Malah, gaji itu dilaburkan untuk permainan judi online,” kata Fadhilatun.

Fadhilatun mengaku dia sukar mengawal kemarahan selepas mengetahui gaji mangsa hanya berbaki 800 ribu rupiah (RM231.71) akibat berjudi.

Pegawai polis tempatan, Daniel S Marunduri berkata, mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pukul 12.55 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

“Dia mengalami melecur sehingga 90 peratus dan nyawanya tidak dapat diselamatkan,” kata Daniel seperti laporan laman berita Detiknews.

Lebih mengejutkan apabila suspek sempat memohon maaf kepada mangsa atas perbuatannya itu semasa di hospital.

Suspek dipercayai mengalami trauma dan sedang mendapatkan rawatan psikiatri. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh