Connect with us

Terkini

Wali Hayun Penumbuk Kepada Pengantin Lelaki Selepas Selamat Akad Nikah

JAKARTA – Satu rakaman video tular memaparkan seorang pengantin lelaki di Kota Ternate, wilayah Maluku Utara ditumbuk oleh abang iparnya sejurus selesai diijab kabul, lapor portal berita TribunTernate.

Pada mulanya, video berdurasi 6 minit dan 57 saat itu merakamkan suasana majlis tersebut yang berjalan dengan normal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, selepas akad nikah selesai dilakukan, wali nikah yang merupakan abang kepada pengantin perempuan, bangun dan menumbuk adik iparnya yang sedang duduk di atas kerusi.

Suasana majlis kemudian bertukar kecoh kerana anggota keluarga lain datang menghampiri si abang untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antaranya dengan pengantin lelaki.

Advertisement

Lelaki tersebut, Muhammad Fahri Tarafannur mengaku berasa emosi dengan pengantin lelaki kerana pernah mengancam mahu membunuh keluarganya.

“Dia mengancam mahu membunuh keluarga saya,” kata Muhammad Fahri.

Dakwaannya itu kemudian mendapat respons daripada ahli keluarga lain sehingga berlakunya perbuatan memaki hamun dan menyalahkan pengantin lelaki.

“Dia (pengantin lelaki) mengancam untuk membunuh satu keluarga,” kata seorang ahli keluarga pengantin perempuan.

Namun, pihak keluarga pengantin lelaki meluahkan rasa kesal dengan tindakan Muhammad Fahri.

Advertisement

Tonton Video KLIK SINI

Mereka mengaku berasa seperti tidak dihargai ketika datang dari jauh untuk menghadiri majlis tersebut. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel