Connect with us

Jenayah

Tak Puas Hati Mangsa Mahu Teruskan Tuntutan Fasakh

Seorang wanita menemui ajal selepas dipercayai ditikam oleh suami sendiri, dalam kejadian yang berlaku di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, mayat mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dengan beberapa kesan tikaman senjata pisau.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, suami mangsa yang berusia 37 tahun bertindak menyerah diri ke Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 2 petang.

Tambah Md Noor, suspek turut mengakui bahawa telah membunuh isterinya di bilik hotel berkenaan.

Advertisement

“Hasil siasatan telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Suami mangsa telah ditangkap bagi siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Ujar beliau lagi, semakan yang dibuat oleh polis mendapati suspek dan masa hadir ke hotel secara berasingan. Namun kedua-duanya menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.

Berdasarkan keterangan suspek, Noor Aehawan menjelaskan motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

“Siasatan lanjut masih dijalankan.

Advertisement

“Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden VK Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan,” ujarnya lagi.

Terkini memetik Kosmo! Online, lelaki yang ditahan kerana disyaki menikam isterinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah semalam telah direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin dalam prosiding di Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel