Connect with us

Terkini

Budak Perempuan 12 Tahun Bertunang Dengan Duda Anak Satu

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan majlis pertunangan seorang budak perempuan berumur 12 tahun di Madura, wilayah Jawa Timur mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pinopie, remaja mengenakan pakaian berwarna merah itu ditunangkan dengan seorang duda berusia 27 tahun.

Lebih mengejutkan, tunangannya sudah mempunyai seorang anak.

“Majlis pertunangan remaja berumur 12 tahun bersama seorang duda berusia 27 tahun dan memiliki anak satu,” demikian menurut keterangan klip video itu.

Advertisement

Beberapa wanita turut memberikan sejumlah wang kepada budak perempuan tersebut.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial, manakala sebilangan netizen tidak berpuas hati dengan majlis pertunangan yang telah berlangsung kerana budak perempuan berkenaan masih di bawah umur.

“Bergantung pada pemahaman ibu bapanya. Memang kebanyakan penduduk Madura berkahwin pada usia muda,” kata seorang pengguna laman sosial.

Tonton Video Penuh KLIK SINI

“Itu hanya majlis pertunangan. Ia boleh diteruskan dan boleh dibatalkan. Memang itu yang saya sering dengar di Madura,” kata netizen lain. – AGENSI

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel