Sebelum ini tular sebuah klip video dalam majlis pertunangan adik kepada selebriti Indonesia, Atta Halilintar iaitu Thariq Halilintar mengenai ibu bapa mereka.
Dalam video klip itu, bapa Atta iaitu Anofial Asmid menegur pengacara majlis agar memanggil Atta dengan gelaran Haji memandangkan anaknya baru pulang dari mengerjakan haji.
Insiden itu berlaku ketika pengacara memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar tunangnya.
“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya,” kata pengacara majlis.”
Anofial kemudian memperbetulkan pengacara majlis dengan menekankan penggunaan Haji sebelum pengacara meminta maaf dan menyebut semula nama Atta dengan gelaran Haji.
Dalam video klip itu juga, ibu Atta iaitu Geni Faruk juga menegur dengan memberitahu Thariq juga mempunyai gelaran Haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.
“Tadi sebut-sebut haji teringat Thariq juga sudah haji. Saya dan suami pernah bawa dia tunai haji sebaik habis pantang melahirkannya, usia dua bulan. Jadi dia juga sudah haji, Haji Thariq,” katanya.
Tingkah laku Anofial dan Geni telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mengkritik dan menyifatkan ibu bapa Atta seperti ‘gila gelaran’.
Tonton Video Penuh Disini
Malah, ada juga yang menegur Thariq tidak layak digelar haji kerana tidak menepati syarat wajib iaitu baligh.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI