Connect with us

Mahkamah

S*ks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diperintah bayar RM820k

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini (27 Jun 2024) memerintahkan seorang bekas pegawai polis membayar RM820,000 kepada dua wanita warga Mongolia bagi persetubuhan tanpa kerelaan di dua bilik hotel semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan empat tahun lepas.

Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee membuat keputusan itu selepas mendapati dua wanita Mongolia berkenaan sebagai plaintif, berjaya membuktikan kes mereka mengenai imbangan kebarangkalian terhadap Hazrul Hizham Ghazali, 34.

“Setelah mempertimbangkan keterangan saksi dan hujahan yang tidak dipertikaikan dan tidak dicabar, saya mendapati plaintif telah membuktikan defendan (Hazrul Hizham) melakukan persetubuhan tanpa kerelaan dengan kedua-dua plaintif, sekurang-kurangnya enam kali dengan salah seorang wanita dan dua kali dengan wanita kedua,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah memberikan plaintif (wanita Mongolia pertama) sejumlah RM460,000 untuk ganti rugi termasuk RM260,000 sebagai ganti rugi am bagi kesalahan mendatangkan kecederaan (termasuk persetubuhan tanpa kerelaan), gangguan seksual dan pemenjaraan palsu serta RM200,000 untuk ganti rugi teruk dan teladan.

Advertisement

Bagi wanita Mongolia kedua pula hakim memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM360,000 yang merangkumi RM160,000 sebagai ganti rugi am bagi kesalahan mendatangkan kecederaan (termasuk persetubuhan tanpa persetujuan) dan untuk pemenjaraan palsu serta RM200,000 untuk ganti rugi teruk dan teladan.

Mahkamah turut memberikan RM20,000 bagi setiap plaintif sebagai kos bagi kes berkenaan.

“Sebagaimana arahan tegas yang dikeluarkan mahkamah, perbicaraan berjalan dengan sewajarnya dan pada akhir perbicaraan, plaintif memfailkan hujahan bertulis dan hujahan lisan yang telah dikemukakan kepada mahkamah,” kata hakim itu.

Pada 2020 defendan telah didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita Mongolia itu untuk eksploitasi seksual dan sembilan pertuduhan merogol serta berniat untuk mencabul kehormatan mereka.

Bagaimanapun dia dibebaskan daripada semua pertuduhan pada akhir kes pembelaan tahun lalu.

Advertisement

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan di mahkamah, kedua-dua wanita Mongolia itu ditahan oleh defendan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya, Selangor semasa PKP pada 10 April 2020.

Dua wanita Mongolia itu diarahkan keluar dari kereta dan dibawa ke khemah polis berhampiran sebelum mereka dibawa ke sebuah hotel di Petaling Jaya.

Defendan membawa dua wanita Mongolia itu ke bilik tidur berasingan di hotel dan melakukan persetubuhan tanpa persetujuan dengan mereka antara 10 April dan 11 April 2020. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel