Connect with us

Kemalangan

“Anaas, Sampai Hati Bun*h Anak Ibu..”

Ibu kepada mangsa bunuh suami sendiri di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak tidak dapat menahan sebak ketika berhadapan dengan menantunya itu di lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah.

Ketika suspek keluar diiringi polis, Rozita Radzuan, 56, bertanya mengapa suspek, Hairil Anaas Abdullah, 37, itu sanggup membunuh anaknya, Nisya Syahkila Syahkila Shaharun yang disifatkan sebagai anak yang baik.

Anaas, sampai hati bunuh anak ibu. Nisya baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu.

Suspek dalam keadaan digari itu sempat meminta maaf kepada ibu mentuanya sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta polis.

Advertisement

Rozita yang berjubah berwarna gelap itu kemudian ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga yang turut hadir sebelum dibawa meninggalkan kompleks mahkamah.

Terdahulu, Hairil Anaas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh isterinya dan dilaporkan mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel