Seluruh kem China tidak menahan sebak mengenangkan mendiang pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, ketika ditabalkan sebagai juara Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 semalam.
Pemain berumur 17 tahun itu rebah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital di Yogyakarta, jam 11.20 waktu tempatan Ahad lalu ketika beraksi dalam set pertama.
China menamatkan kemarau enam tahun untuk bergelar juara acara berpasukan campuran selepas mengatasi Korea Selatan 3-1.
Badminton Remaja Asia: China sambut gelaran juara dengan air mata kenangkan Zhang Zhijie
Ketika upacara penyampaian hadiah, pasukan China mempamerkan jersi Zhijie, sekali gus membuatkan hadirin di sekitar podium tidak dapat menahan air mata mereka dan memberikan berdiri memberikan tanda hormat.
Di media sosial negara itu, juara bertahan perseorangan wanita Sukan Olimpik, Chen Yufei, berkongsi gambar pasukan itu di podium dengan kapsyen, “Kita bersama dan anda adalah juara.”
Terdahulu, pemergian mendiang ternyata mengejutkan dunia terutamanya dalam kalangan komuniti sukan badminton. Apatah lagi mendiang dianggap sebagai prospek masa depan China dalam sukan berkenaan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan bakat badminton yang semakin meningkat naik itu.
Tonton video penuh kejadian KLIK SINI
Malah, persatuan itu kini turut menjalankan satu siasatan dan menilai semula protokal tindak balas kecemasan yang diguna pakai semasa kejohanan berlangsung.
Sumber: Stadiumastro
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI