Pelakon Ruhainies mengakui bahawa dirinya tak pandai berlakon menangis depan kamera dan sekali gus menyangkal dakwaan tidak sensitif kerana hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar bagai tiada rasa bersalah.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata dia tidak pandai berlakon sekali gus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.
“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.”
“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.”
“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya lagi seperti dilapor Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Ruhainies juga menyangkal dakwaan dirinya datang bersama pelakon drama Terjerat apabila dilihat jalan seiringan menuju ke mahkamah, pagi tadi.
“Eh, kami bukan datang bersama.
“Kami datang asing cuma waktu tiba di mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan secara berdekatan,”jawabnya.
Ruhainies juga menolak keras mengenai dakwaan akan bertunang dengan bekas suami, Bella Astillah seperti dakwaan pelbagai pihak.
“Tak akan berlaku (bertunang). Tak adalah, hal itu pun ( penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.
“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,”jelasnya.
Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang berlaku di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Mahkamah menetapkan 12 Oktober 2024 sebagai tarih seterusnya untuk prosiding da bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga sebutan kes.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI