Pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak menerusi satu hantaran di TikTok dilihat menangis dan memohon orang ramai untuk menonton filem terbaru lakonannya yang kini ditayangkan di pawagam.
Saka Perawan mula ditayangkan pada 27 Jun yang lalu dan ia menampilkan ramai pelakon dikenali seperti Sophia Albarakbah, Azlee Senario, Fauziah Nawi, Man Raja Lawak dan ramai lagi
“Mana peminat kami? Adakah kami sudah tidak sesuai?”
Meskipun kutipan tayangan filem itu setakat ini belum pernah didedahkan sejak ia ditayang namun tindakan Man menangis sambil menyeru orang ramai menonton seolah-olah memberi gambaran ia tidak mendapat sambutan menggalakkan.
Hantaran itu mendapat perhatian pengguna TikTok dan rata-ratanya melontarkan pendapat masing-masing tentang kualiti filem di negara ini serta genre yang diketengahkan.
Filem Saka Perawan yang diarahkan oleh pengarah terkenal Dr. Ahmad Idham kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara.
Selain Man Raja Lawak antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Isyariana, Afieq Shazwan dan ramai lagi.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI