Monday, December 08, 2025

Pasangan Pempengaruh, Dua Individu Disambung Reman 3 Hari Bantu Siasatan Kes Seleweng Dana Derma Awam

July 14, 2024
1 min read

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Tempoh reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam disambung tiga hari lagi selepas reman mereka tamat hari ini.
Menurut sumber, dua lagi individu yang juga pengendali sebuah platform kutipan derma yang direman empat hari berkait kes terbabit, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Sumber memaklumkan, perintah sambung reman hingga Selasa ini dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan reman disambung dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Rabu lepas, SPRM menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an dan 30-an kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Kesemuanya ditahan antara 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya Khamis lepas dan perintah reman selama empat hari hingga hari ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut sumber SPRM, pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta namun siasatan masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi individu turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Yusuf Azmi Tewas TKO, Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aksi kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena,

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan