WASHINGTON – Penembak yang disyaki cuba membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump maut ditembak, lapor portal berita Washington Post semalam.
Menurut Peguam Daerah Butler, Richard Goldinger, dua orang terbunuh termasuk penembak yang mahu membunuh Trump.
Biro Penyiasatan Persekutuan dan Perkhidmatan Rahsia AS kini sedang menyiasat kejadian itu.
Dalam kejadian itu, Trump selamat walaupun bunyi tembakan kedengaran dalam satu kempen pilihan raya Presiden AS di Butler, kita-kira 48 kilometer dari Pittsburg.
Tonton Video Penuh KLIK SINI
Penembak tu ditembak oleh anggota Perkhidmatan Rahsia.
Sementara itu memetik Astro Awani, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti seorang lelaki Pennsylvania berusia 20 tahun sebagai suspek penembak di perhimpunan kempen bekas dan calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Reuters melaporkan, FBI masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
Difahamkan polis Pennsylvania akan mengadakan sidang media berkaitan insiden ini dalam masa terdekat.
Sumner: Astro Awani, AGENSI
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI