Penemuan mayat dipercayai Nur Farah Kartini , 25, berhampiran Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu merungkaikan misteri kehilangan wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan setakat ini kita telah menjalankan tangkapan berkaitan kes ini.
“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya ketika dihubungi.
Terdahulu media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI