Polis dilaporkan telah menahan seorang lelaki berumur 26 tahun susulan penemuan mayat seorang wanita dipercayai Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang pada petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, jasad mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemukan pada 6 petang, pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
“Sehubungan itu, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang di Tanjung Malim menerusi laporan yang dibuat pada 9.46 malam 11 Julai lalu.
Difahamkan, Allahyarham Nur Kartini adalah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Allahyarham yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian dari universiti tersebut turut memuat naik keputusan peperiksaannya sebelum ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada 30 Ogos tahun lepas, Allahyarham ternyata amat gembira apabila berjaya mencatatkan keputusan Dekan di semester kelapan pengajian.
“Alhamdulillah. Perjuangan 4 tahun dah tamat. Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ini tapi Alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan.
“Terima kasih juga untuk sahabat yang selalu ada disaat susah dan senang. Bersusah payah hendak siapkan tugasan, projek tahun akhir, laporan, lepas itu tidur berjemaah dekat student lounge semata-mata nak siapkan kerja,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, Allahyarham ketika itu juga berkongsi rasa teruja dan tidak sabar untuk menghadiri majlis graduasi selepas bertungkus-lumus demi menggenggam segulung ijazah.
“Kepada bonda tersayang anak bonda dah besar,” katanya lagi.
Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan suspek merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Perak.
“Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.
“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Sementara itu di media sosial ada yang membuat spekulasi mengatakan Farah mengikut teman lelakinya ke Thailand.
Disebabkan penularan berita tidak sahih itu, rakan baik arwah telah tampil dengan satu video memohon netizen agar tidak terus membuat spekulasi tidak benar mengenai arwah Farah.
Katanya, sebelum ini ada netizen menuduh arwah mengikut teman lelaki ke Thailand namun semua itu tidak benar.
Video yang trending di Tiktok yang menggunakan nama Haziq berkata, mereka berkawan rapat semasa belajar di universiti sehinggalah graduasi bersama-sama.
Saya nak bagi teguran kepada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah yang menyatakan arwah ada boyfriend lah, ikut boyfriend pergi Thailandlah.
Tegur lelaki ini, lebih baik netizen diam daripada mengeluarkan tuduhan yang boleh mengguris hati ahli keluarga atau orang-orang yang menyayangi arwah.
Terdahulu media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI