Saturday, November 08, 2025

Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada keluarga Nur Farah Kartini

July 19, 2024
1 min read

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kurniaan itu disampaikan paduka anakanda Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang menziarahi kediaman kakak ipar Allahyarham di Kampung Nyiur Manis, Pekan hari ini.

“Tengku Amir Nasser yang tiba pada 11 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni ibu Allahyarham, Salmah Abdullah serta ahli keluarga lain yang turut berada di rumah berkenaan sebelum menyampaikan sumbangan,” menurut hantaran itu.

Tengku Amir Nasser turut menzahirkan ucapan takziah serta berharap ibu serta seluruh ahli keluarga Nur Farah Kartini bersabar dengan ujian yang diterima.
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada 5.20 petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan