Connect with us

Terkini

Protes Bangladesh: Lebih 500 Orang Diberkas Di Dhaka

DHAKA – Lebih 500 orang termasuk sebilangan pemimpin pembangkang ditangkap di Dhaka berhubung keganasan yang memporak-perandakan Bangladesh dan membunuh 163 orang selepas kumpulan pelajar memprotes peraturan pengambilan kakitangan awam, kata polis hari ini.

Apa yang bermula sebagai demonstrasi membantah kuota kemasukan untuk kakitangan kerajaan itu bertukar menjadi rusuhan paling buruk yang perlu ditangani oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina.

“Sekurang-kurangnya 532 orang telah ditahan berhubung keganasan yang tercetus sejak rusuhan berlaku.

“Mereka termasuk sebilangan pemimpin BNP,” kata jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Faruk Hossain sambil merujuk kepada pembangkang, Parti Nasional Bangladesh.

Advertisement

Terdahulu semalam, mahkamah tertinggi Bangladesh membatalkan kuota pengambilan kakitangan awam itu untuk beberapa kumpulan tertentu.

Keputusan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pemimpin-pemimpin pelajar.

Demonstrasi pelajar yang membantah skim kuota itu mencetuskan pertempuran di seluruh negara yang mengorbankan 163 orang termasuk sebilangan anggota dan pegawai polis.

“Kami tidak akan berhenti selagi kerajaan belum memenuhi tuntutan kami,” kata seorang jurucakap penganjur protes tersebut, Pelajar Menentang Diskriminasi kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa, tiga anggota polis terbunuh di Dhaka dan kira-kira 1,000 yang lain cedera, sekurang-kurangnya 60 daripada mereka kritikal. – AFP

Advertisement

Sumber: Kosmo!

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel