Connect with us

Global

Jenazah Ismail Haniyeh dikebumikan di Qatar

DOHA: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang mati dibunuh dalam serangan di Tehran, Iran pada Rabu akan dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah Ismail bersama pengawal keselamatannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi upacara pengebumian.

Iran yang berkabung selama tiga hari sehingga hari ini berikutan kematian Ismail, mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu pada Khamis.

Advertisement

Ribuan hadir di majlis berkenaan, di mana ia turut disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen di Iran dan Jordan.

Hamas sebelum ini mengesahkan Ismail dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran pada Rabu.

Haniyeh, 62, berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian, di Tehran, sehari sebelum itu. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel