Penyanyi veteran terkenal tanahair Jay Jay dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Thomson Kota Damansara, pada malam Ahad.
Khabar duka pemergian Jay Jaya atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus dimaklumkan rakan artis, Datuk Hattan ketika dihubungi Bernama.
“Ya, dia (Jay Jay) sudah meninggal dunia… saya dihubungi isteri arwah sebentar tadi… arwah akan dibawa ke Masjid Al-Husna, Bandar Sunway pagi esok untuk solat jenazah,” katanya ringkas kepada Bernama
Terdahulu, anak kepada allahyarham Jay Jay iaitu Cammy Fauzi memaklumkan bapanya dalam proses menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar.
Cammy berkata, bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu.
Namun selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi, Jay Jay menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya bertambah baik.
Jay Jay yang juga bekas penyanyi kumpulan Carefree pernah popular dengan lagu seperti Rindu Bayangan, Angan Tak Sudah dan banyak lagi.
Jay Jay juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 1988, Vokal Terbaik Lelaki Anugerah Industri Muzik1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.
Sumber: Harian Metro, Bernama
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI