Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Sebelum ini pihak polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi, Nidza Afham yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Sekadar info, lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Sumber: Buletin TV3
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
