Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim.
Menerusi video tular yang dimuat naik Zamri Mat KL, murid Tahun Enam itu sempat memeluk pentadbir sekolah itu semasa sesi bersalaman sambil menghamburkan air mata.
“Juraian air mata menjadi saksi kasih guru besar dan perasaan sayang daripada anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun perkhidmatan mengiringi hari perpisahan di dewan yang mulia D’Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024,” kongsinya lagi.
Saling berpelukan,guru besar, Cikgu Zakaria Omar dilihat meluangkan masa lebih lama dengan murid yang berstatus anak yatim itu.
Lebih menyentuh hati, pelajar berkenaan sempat memberikan hadiah yang cukup sederhana tetapi bermakna kepada guru kesayangannya itu.
“Kisah seorang anak yatim memberikan hadiah seadanya, beberapa biji buah mempelam sebagai hadiah kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi,” kongsi Zamri.
Dalam ruangan komen, para netizen turut menyatakan rasa hiba masing-masing ketika menonton video berkenaan.
@malaysianupdatenews Anak yatim rupanya #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #guru ♬ original sound – Malaysian Update
“Ini mesti cikgu yang baik, syabas cikgu,” tulis Mat Syah.
“Mesti hadiah buah mempelam itu akan diingati sampai bila-bila,” tulis Daisya.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI