Connect with us

Terkini

Lelaki yang hampir terjatuh ke dalam tanah mendap di Jalan Masjid India peluk Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengesahkan pengislaman seorang saudara baru selepas tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India minggu lalu.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan penularan maklumat berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi mesej yang tersebar, seorang lelaki India yang duduk di kerusi dan sempat menyelamatkan diri didakwa telah memeluk agama Islam selepas kejadian terbabit.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata individu itu mengucapkan lafaz syahadah di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Advertisement

ABIM turut menegaskan mempunyai agama merupakan hak dan fitrah semula jadi manusia. Justeru tindakan lelaki tersebut merupakan secara sukarela.

“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.

“Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

“ABIM mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala,” katanya.

Menerusi kenyataan yang sama, ABIM turut mengajak semua umat Islam mendoakan urusan operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus.

Advertisement

“Dalam masa sama, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa,” ujarnya lagi.

@malaysianupdatenews Subhanallah, kejadian tanah jerlus di Masjid India jadi asbab seorang lelaki peluk Islam. ❤️❤️ #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #islam ♬ Lailahaillah – Suja'i Channel Sholawat

Terdahulu, satu kejadian tanah jerlus telah berlaku di laluan pejalan kaki berhadapan Malayan Mansion telah menyebabkan seorang pelancong warga India terjatuh dan masih hilang hingga kini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak dengan pelbagai kaedah telah digunakan.

Sehingga kini, mangsa masih belum dijumpai.

Menerusi CCTV yang memaparkan kejadian terbabit, terdapat beberapa individu sedang duduk di atas kerusi hampir terjatuh ke dalam tanah jerlus. Namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

Sumber: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel