Connect with us

Jenayah

Da’i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

SHAH ALAM: Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini(30/08/2024) selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas.

Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Shah Iqmal, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau berkata tertuduh merupakan seorang pendakwah agama dan penceramah motivasi yang memberikan impak besar kepada masyarakat justeru perbuatan yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa tidak dapat diterima akal yang munasabah.
keputusan serta tidak boleh melawan,” katanya.

Sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Syed Shah Iqmal, dia dilihat sebak dan menangis dalam kandang tertuduh.

Advertisement

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan jenayah rogol semakin berleluasa.

“Berdasarkan kedudukan (tertuduh) dan keterangan saksi-saksi, tertuduh ialah individu dikenali ramai dan seorang pendakwah yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh serta motivator kepada golongan muda yang seusia dengan tertuduh.

“Apabila karakter ini ditonjolkan kepada masyarakat ia dipandang tinggi, namun tertuduh menggunakan kedudukannya dan mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon supaya penangguhan pelaksanaan hukuman diberikan dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah kesalahan kali pertama.

“Anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 16 hari dan isterinya hadir ke mahkamah hari ini walapun masih berada dalam tempoh berpantang. Sekiranya, anak guam saya dimasukkan ke penjara, ia akan memusnahkan kehidupannya kerana isteri dan anaknya memerlukan tertuduh,” kata peguam itu.

Advertisement

Seramai 18 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberikan keterangan pada perbicaraan kes itu.

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel