Connect with us

Terkini

‘Abang Bas’ Direman Lima Hari

Seorang pemandu bas yang dipercayai memuatnaik rakaman video murid sekolah rendah dan merujuknya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’, dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dijatuhkan oleh Majistret Suhaila Safi’uddin, di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

Pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.

Advertisement

Terdahulu polis telah menahan seorang pemandu bas yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak dibawanya di Simpang Renggam, Kluang awal pagi ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 2.57 pagi dan merampas telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu media melaporkan akaun TikTok milik pemandu bas berkenaan yang popular dengan panggilan ‘Abang bas’ didapati sudah tiada dalam senarai carian selepas dia ditahan pihak polis awal pagi tadi.

Difahamkan akaun yang mempunyai hampir 650,000 pengikut itu telah disekat oleh pengendali paltform tersebut.

@malaysianupdatenews Abg Bas kena reman 5 hari. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #viral #fyp #bas ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Permohonan maaf abg bas sebelum ditahan polis dan akaun tiktok miliknya disekat. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #bas #bus ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel