Kuala Lumpur: Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.
Perkara itu disahkan adiknya, Raja Idris menerusi satu hantaran di media sosial pagi ini.
“Dengan penuh dukacita saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya Raja Petra Kamarudin meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 September 2024 di Manchester, UK.
“Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan syuhada dan solihin. Amin ya Rabbal alamin,” menurut hantaran itu.
Dilahirkan pada 27 September 1950 di Surrey, England, Raja Petra mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menyiarkan pandangannya mengenai politik Malaysia.
Allahyarham pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution.
Sumber: BERNAMA
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI