Pemandu bas atau lebih dikenali sebagai Abang Bas telah didakwa atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan sejak bulan April lalu.
Tertuduh yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Sebelum ini keluarga Abang Bas telah melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana untuk membayar wang jaminan seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.
“Kutipan dana untuk membantu Abang Bas ditutup. Terima kasih netizen 1 Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Indonesia dan Myanmar yang sudi menyumbang dan bantu Abang Bas.”
Itu merupakan perkongsian terkini yang dibuat oleh kakak kepada ‘Abang Bas’, Zarinah Sari di laman Facebook miliknya.
Zarina juga turut meminta maaf selain meminta orang ramai terus berdoa supaya ‘Abang Bas’ dibebaskan pertuduhan dan hidup seperti biasa.
“Saya wakil keluarga Abang Bas mohon maaf jika terdapat syak wasangka, ragu-ragu atau perkara yang tak menyenangkan sepanjang kes Abang Bas ini.
“Sekali lagi kami mengucapkan berjuta-juta terima kasih atas sumbangan kalian. Allah yang maha tahu. Allah yang tidak pernah tidur. Allah sentiasa ada,” katanya.
Terdahulu, ‘Abang Bas’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Abdul Ghafar Ab. Latif mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan namun peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai gaji tetap kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
Tambahnya lagi, jumlah jaminan adalah bertujuan bagi memastikan kehadiran dan tidak boleh keterlaluan sehingga membebankan tertuduh.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Sayani kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ini dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 namun gagal membayarnya.
Dia juga didakwa dengan tuduhan menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.
Susulan perbuatan tersebut, Abang Bas telah didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dia turut boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI