Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menerima hukuman setimpal apabila Mahkamah Sesyen, menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun hari ini.
Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas tertuduh, Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, mengaku bersalah selepas empat pertuduhan menganiaya tiga kanak-kanak terbabit dibacakan ke atasnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 11 September lalu.
Mengikut tiga pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun, telah menganiaya dengan merotan semua mangsa, yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.
Bagi pertuduhan keempat pula, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan menekan dada menggunakan lutut, yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di pusat GISBH Bukit Raja dekat sini antara Jun dan beberapa minggu lalu.
Semua kes dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yany memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular dimedia sosial satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI