Connect with us

Terkini

Ibu Sebak Umum Kepada Tetamu Majlis Kahwin Anak Lelaki Diganti Dengan Doa Selamat

Baru-baru ini, tular video di platform media sosial memaparkan seorang ibu yang berasa sebak ketika mengumumkan kepada tetamu bahawa majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat dilangsungkan, sususlan calon isteri membatalkan perkahwinan di saat akhir.

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya.”

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki bernama Adam itu enggan membatalkan majlis kerana segala persiapan sudah lengkap dan mereka membuat keputusan mengantikan majlis perkahwinan dengan majlis doa selamat yang diketuai oleh seorang ustaz serta anak-anak maahad tahfiz.

“Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan. Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.”

Advertisement

Sementara itu menurut Sinar Harian, Adam mendakwa, wujud orang ketiga dalam hubungan kerana pihak pengantin perempuan dikhabarkan ada berkenalan dengan rakan sekerja lelaki sekitar Julai lalu.

“Sewaktu perkara itu terjadi, saya berjumpa (sergah) mereka. Saya cakap dengan dia (pihak perempuan) yang saya boleh terima dan masih nak teruskan perkahwinan.

“ALLAH SWT dah tunjukkan jawapan tapi saya masih nak teruskan sehinggalah 23 Ogos lepas, keluarga pihak perempuan datang ke rumah berjumpa saya dan mak untuk memulangkan cincin tunang.

“Dia (pihak perempuan) buat keputusan nak putuskan hubungan dan batalkan perkahwinan,“ katanya menerusi sesi penstriman langsung di TikTok pada Selasa.

Terdahulu tular di media sosial, ibu kepada Adam yang dilihat sebak ketika mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan kerana calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir, namun keluarganya tetap meneruskan ‘hari bahagia’ itu dengan majlis bacaan doa selamat.

Advertisement

Sementara itu, kejadian tersebut turut mendapat simpati daripada warga maya.
Malah, ada daripada mereka yang turut meminta pihak lelaki untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

@malaysianupdatenews Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: Beautifulnara, Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel