Connect with us

Pilihan Editor

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf Dakwa Tertekan Fikir Pasal Anak Di Gaza

Wanita warga Palestin yang tular dalam video insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakannya mengamuk tempoh hari.

Memetik laporan Sinar Harian, Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah kesal dengan tindakan yang dilakukan di WTKL, mengakui insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, punca amarahnya di luar kawalan adalah tertekan kerana memikirkan kondisi anaknya yang masih berada di Gaza, apatah lagi dia tidak dapat berhubung dengan mereka.

“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya ALLAH SWT sahaja tahu.
“Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya.

Advertisement

“Kamu melayan kami (rakyat Palestin) dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia),” ujarnya dalam satu klip di platform TikTok.

Ibu kepada tiga anak syahid itu dengan rendah hati juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memaafkan tindakan yang dilakukannya tempoh hari.

“Saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT dan sekali lagi memohon maaf kepada anda atas apa saya lakukan dengan penuh penyesalan yang besar,” katanya.

Terdahulu Aminah merupakan antara 127 rakyat Palestin yang selamat tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu.

Mereka dibawa menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Advertisement

Sebelumnya, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan rakyat Palestin menimbulkan kekecohan di WTKL.

Sebahagian mereka dilihat bertindak kasar dengan melemparkan selipar ke arah seorang pegawai penguat kuasa.

Beberapa turut merosakkan harta benda premis berkenaan susulan dipercayai kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.

Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali dalam masa yang sama turut memohon maaf mengenai insiden yang berlaku itu.

Advertisement
@malaysianupdatenews Tertekan katanya #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #viral #fyp #palestine ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel