Konflik rumah tangga Fattah Amin dan Fazura menemui noktah apabila Fazura dan Fattah Amin Sah Bercerai
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan selebriti, Fattah Amin melafazkan cerai terhadap isterinya, Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Menurut laporan Sinar Harian, mahkamah merekodkan talak oleh Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Selesai menjatuhi talak, Fattah Amin kelihatan sugul manakala Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilihat menangis dalam dakapan ahli keluarganya.
Menurut Sinar Harian, Hakim Syarie telah mensabitkan berlaku penceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci.
Selain itu, pelakon jelita berkenaan turut diperintahkan untuk mendaftar perpisahan yang direkodkan pada hari ini.
Terdahulu, dakwaan keretakan rumah tangga mereka semakin jelas apabila Fazura telah menfailkan penceraian pada 13 September lalu.
Pada 25 September lalu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, menyatakan bahawa dirinya belum bersedia menceraikan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, ketika prosiding pertama di mahkamah yang sama.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Sinar Harian
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI