Connect with us

Hiburan

‘Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Menggatal Waktu Penggambaran’ – Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim menerusi akaun Instagram memberi respon tentang dakwaan pelakon, Fattah Amin yang didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin.

Menerusi hantaran berkenaan, Pekin menjelaskan bahawa sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama, Fattah tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hal wanita lain melainkan tentang isteri dan anaknya sahaja.

“Kami luang masa bersama di set penggambaran untuk sebuah filem, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajah mahupun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut Fattah.”

“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalankan penggambaran lama bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah menggatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan, sebagai kawan saya rasa tuduhan itu berat buat dia.”

Advertisement

 

Pekin turut berkata buat masa sekarang perkara terbaik adalah meminta Fattah Amin untuk kuat menghadapi ujian hidup yang dihadapinya.

Sementara itu bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi nasihat kepada semua pasangan di Malaysia agar tidak menyebarkan aib dan kekurangan selepas berlakunya perpisahan.

Menerusi hantaran di X, Dr Zulkifli berkata bahawa Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan serta mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

“Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.”

Advertisement

Beliau juga berkata jika perpisahan tidak dapat dielakkan, Islam mengajar setiap umatnya untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan. Katanya, sikap begitu penting agar tidak mencalarkan maruah mana-mana pihak serta memastikan hak-hak kedua-dua suami dan isteri tetap terjaga.

“Kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.”

“Jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing. Kita sebagai manusia pasti tidak sempurna, tetapi usaha untuk menjadi insan yang lebih baik itu yang paling utama.”

Peguam syarie terkenal, Hafidzah Hassan turut tampil menzahirkan sokongan terbuka terhadap pelakon Fattah Amin di Facebook.

“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah. Maaf saya ‘team’ Fattah Amin.”

Advertisement

Malah rata-rata netizen juga turut menyatakan pendapat yang sama dengan Hafidzah.

 

Untuk info nama Hafidzah mula dikenali selepas dia menjadi peguam bela yang mewakili Siti Bainun, namun kemudiannya menarik diri atas alasan jadual kerja yang padat.

Baca: Fazura Sah Bercerai Dengan Fattah Amin

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Advertisement

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

@malaysianupdatenews Fattah hati, Fattah sedih, Fattah berdoa, Fattah Amin – Netizen #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #hiburan #fattah #amin #nur #fazura ♬ bunyi asal – SALT MUSIC

@malaysianupdatenews Fazura Sah Bercerai Dengan Fattah Amin. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #sembangentertainment #hiburan #cerai ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel