Connect with us

Hiburan

‘Kamu Bekerja Pun Atas Izin Dia’ – Jasmin Hamid Kongsi Video Ceramah Ustazah Oki Senatia

Pelakon terkenal tanahair, Jasmin Hamid baru-baru ini berkongsikan satu video ceramah yang disampaikan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Ustazah Oki Setiana mengenai isteri yang bergaji lebih tinggi daripada suami.

Ustazah Oki menjelaskan bahawa tidak salah sekiranya seseorang isteri itu mempunyai gaji yang lebih besar namun haruslah sentiasa mengamalkan sikap menghormati suami.

Ustazah Oki berkata lagi, berdosa sekiranya si isteri yang mempunyai sikap sombong dan meninggi diri terhadap suaminya.

“Kadang-kadang Allah berikan rezekimu mungkin lebih banyak dibandingkan dengan suamimu.”

Advertisement

“Tak ada yang salah jika gaji isteri lebih banyak daripada suami.”

“Yang salah adalah ketika isteri sombong di hadapan suami, itu yang salah.”

“Engkau boleh bekerja kerana izin daripada suamimu, engkau boleh melakukan aktiviti di luar kerana restu dari suami.”

Ustazah Oki turut mengingatkan bahawa kekayaan dan kesenangan yang dikecapi seseorang itu tidak akan kekal lama kerana itulah kitaran hidup manusia.

Advertisement

“Mungkin pada saat ini, pendapat suamimu tidak sebanyak pendapat dan gajimu.”

“Namun kadang-kadang ketika seseorang itu merasakan dirinya berjaya (tidak semua ya), bila dia rasa dah banyak duit, tak perlukan suami dan rasa dia lebih tinggi dari suami.”

“Mungkin saat itu Allah titipkan rezeki buat kamu tetapi ingatlah roda itu berputar.”

“Jadi tidak boleh bagi kita orang yang beriman untuk tinggi diri, sombong, merasakan diri lebih tinggi kedudukannya dari si suami.”

Ustazah Oki sempat menitipkan pesanan buat para isteri untuk tidak menanam rasa sombong dalam diri dan sentiasa menghormati suami.

Advertisement

“Sesiapa pun diri kamu di luar, bila di dalam rumah kamu adalah makmum kepada suamimu.”

“Hormati dan taatilah suamimy kerana dialah yang telah mengizinkan kamu sehingga berjaya seperti hari ini.”

“Jangan pernah merasa sombong dan tetaplah hormati suamimu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menegur tindakan Jasmin yang turut meletakkan gambar Fattah Amin dalam hantaran tersebut.

Mereka merasakan tindakan Jasmin melatakkan gambar berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan sekaligus boleh memberikan kesan buruk kepada pelakon, Nur Fazura.

Sementara itu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa berang menerusi hantaran di Instagram apabila ada individu menyebarkan kenyataan palsu membabitkan dirinya.

Menerusi hantaran yang sama, Rosyam juga telah berkongsikan video yang ditularkan di TikTok tentang berita kononnya dia memberi nasihat ‘pedas’ terhadap Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan Fazura.

Advertisement

“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu.. Poket kena tebal. Sekarang dia taknak kau, sebab apa?”

Pelakon berusia 57 tahun itu yang berang dengan fitnah tersebut berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah. Buat fitnah, aibkan orang”, tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Advertisement

@malaysianupdatenews 'Range Rover bukannya hadiah, gaji saya ditolak untuk bayaran kereta itu' – Fattah Amin #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #sembangentertainment #malaysianupdatenews #fyp #viral #hiburan ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel