Friday, December 12, 2025

‘Nasib Baik Menang’

October 12, 2024
1 min read

Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Popular dalam anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 semalam.

Bekas Menteri Kesihatan itu berjaya mendapat undian tertinggi dan mengalahkan calon-calon lain yang terdiri daripada DJ terkenal tanah air, Haiza, DJ Sonic, Tyzo dan Sharifah Shahira.

“Nasib baik menang. Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup Allah akan buka pintu rezeki baharu.”

“Terima kasih kepada keluarga Hot FM iaitu Fara Fauzana, Johan dan AG.”

“Saya juga cuma nak berterima kasih kepada pengundi,”

Kemenangan KJ yang juga penyampai Hot FM itu disambut dengan sorakan gemuruh penonton.

Terdahulu ketika diumum bersaing dalam kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 36, KJ memuat naik hantaran di Facebook meminta pengikut agar menyokongnya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan