Sunday, November 16, 2025

Reda Diceraikan Lepas 6 Tahun Jaga Suami Kemalangan, Doa Semoga Bahagia Dengan Isteri Baharu

October 19, 2024
1 min read

Tular dilaman sosial Facebook, seorang wanita berkongsikan kisah tentang suaminya yang menikahi wanita lain selepas seminggu berpisah telah mengundang rasa simpati di kalangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita bernama Nurul Syazwani itu, dia mengucapkan tahniah buat bekas suami yang kini sudah bahagia dengan wanita lain.

“Tahniah suami, moga bahagia dengan pilihan hati awak… Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia.”

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa syukur kerana telah menyelesaikan tugas sepanjang bergelar isteri menjaga bekas suami sewaktu lelaki tersebut sakit selama enam tahun.

Lebih perit, bekas suami membuat keputusan kahwin dengan wanita lain selepas seminggu berpisah.

Syazwani turut berkongsikan pengalamannya menjaga bekas suami yang terlantar sakit selama enam tahun akibat kemalangan.

Menerusi satu hantaran bergambar pada 2 Ogos 2019, beliau memberitahu keadaan suaminya ketika itu masih belum sedar walaupun mata buka dan berkedip.

“Kaki sebelah kanan bergerak tanpa kawalan sampai luka kerana bergesel dengan tilam dan kadang-kadang tersepak besi katil berkali-kali.

“Hanya dengan stimulus pain papa (suami) sedar. Raya Haji pertama barulah Hana (anak) dapat jumpa papa.

“Si kecil yang tak tahu apa-apa, itulah penguat hati mama. Hujung minggu saja mama dapat luangkan masa dengan Hana, sebab setiap hujung minggu keluarga kami bawa Hana. Hari-hari biasa mak akan hantar Hana pada pengasuh dan terus datang ke hospital,” luah Nurul Syazwani.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat wanita terbabit untuk melalui ujian yang dilalui sekarang ini dan mendoakan agar dia bertemu jodoh dengan suami yang lebih baik dan menghargai.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke