Wednesday, December 10, 2025

Azlan Komeng Mungkin Lumpuh, Risau Fikir Masa Depan Isteri & Anak-Anak

October 22, 2024
1 min read

Pelakon Azlan Komeng berkata dirinya berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik.

Memetik portal Kosmo, pelakon berusia 45 tahun itu berkata kakinya juga memerlukan masa sehingga enam bulan untuk sempuh serta bimbang kerana tidak boleh bekerja sepanjang tempoh berkenaan.

“Kecederaan yang saya alami akibat kemalangan tempoh hari agak teruk dan ada maklumkan mungkin boleh lumpuh jika sebulan pertama ini kecederaan tidak dirawat dan dijaga dengan baik.

“Pakar juga beritahu saya perlukan tempoh lima ke enam bulan untuk pulih semula sekali gus belum boleh bekerja. Jadi, bagaimana dengan kehidupan isteri dan anak-anak saya?,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata apabila dimaklumkan berisiko lumpuh dia hampir patah semangat namun berfikiran positif selepas melihat ketabahan isterinya serta memohon orang ramai mendoakan mereka sekeluarga.

“Memang perasaan saya ‘down’ sangat ketika itu kerana banyak berfikir macam mana nanti dengan masa depan isteri dan anak-anak.

“Sewa rumah, makan minum, belanja sekolah anak, semua kena fikir sedangkan saya sebagai ketua keluarga tidak dapat mencari rezeki buat masa ini. Harap doakan semoga urusan kami sekeluarga dilancarkan dan saya segera sembuh serta dapat keluar bekerja semula,” katanya

Difahamkan, Azlan menetap di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor, selepas dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Terdahulu dalam kejadian yang berlaku pada 12 Oktober lalu, Azlan bersama isterinya, Nur Nilam Ortiz serta anak mereka, Adam,5 terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Azlan mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, siku tangan kanan, tulang pinggul kanan lari, kaki kiri luka dalam dan patah, manakala Nilam cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak.

Pada kejadian yang berlaku jam 2 pagi itu, Azlan memandu kereta jenis Perodua Kancil bertembung dengan trak polis dan kerosakan keretanya adalah ‘total loss’.

SUMBER: Kosmo & Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh