Connect with us

Global

Fethullah Gulen Yang Didakwa Dalang Cubaan Rampasan Kuasa Di Turkiye Dilapor Meninggal Dunia

ISTANBUL, 21 Okt (Bernama-dpa) — Fethullah Gulen, tokoh agama yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan didakwa sebagai dalang percubaan rampasan kuasa pada 2016 di Turkiye telah meninggal dunia, menurut sebuah yayasan di Jerman yang dikaitkan dengan pergerakannya.
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pengerusi ‘Dialogue and Education Foundation’ Ercan Karakoyun berkata Gulen meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di negeri Pennsylvania, AS.

Yayasan itu adalah cawangan Jerman bagi pergerakan transnasional Gulen yang juga dikenali sebagai Hizmet. Ia mengendalikan sekolah, pusat tuisyen dan tadika di Jerman.

Turkiye menyalahkan Gulen dan pergerakannya atas percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 oleh sebahagian anggota tentera.

Advertisement

Kerajaan menganggap pergerakan itu sebagai organisasi pengganas dan telah menahan ribuan orang yang didakwa mempunyai kaitan dengannya dan Gulen.

Bertahun-tahun selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal itu, pihak berkuasa terus menyasarkan individu yang disyaki mempunyai hubungan dengan Gulen, bekas sekutu yang kini menjadi seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel