Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam yang dilaporkan rebah di fakulti disahkan meninggal dunia pada Isnin, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor mengesahkan kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.13 malam.
Difahamkan, mangsa yang juga penuntut jurusan Perhotelan secara tiba-tiba rebah semasa berada di Fakulti Perhotelan sekitar jam 5 petang.
Jelas beliau, proses bedah siasat mangsa dilakukan di Hospital Sungai Buloh.
“Penuntut lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Sumber: Sinar Harian
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
