Friday, December 12, 2025

Lelaki Warga Malaysia Maut Dipercayai Dibunuh Di Melbourne

October 27, 2024
1 min read

Seorang lelaki warga Malaysia dilaporkan maut dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.

Mengsa, Leong Kum Chuan, 29, ditemui dengan kesan beberapa tikaman di unit kediamannya.

Kejadian dipercayai berlaku blok pangsapuri Bellfield berhampiran Ivanhoe, dan dilaporkan oleh rakan mangsa.

Pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudiannya membawa kepada penahanan seorang suspek, 54, yang merupakan gelandangan.

Suspek yang didakwa menghidap skizofrenia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne, dan berdepan dakwaan membunuh, sehari selepas insiden terbabit.

Menurut laporan, perbicaraan kes terbabit diadakan melalui sidang video, di mana suspek yang tampil tidak berbaju kelihatan gelisah dan menjerit seperti orang hilang kawalan.

Susulan itu, Majistret Tara Hartnett memutuskan 14 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan berikutnya.

Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan telah berkhidmat sebagai ahli farmasi di Melbourne’s Eastern Health sejak 2021.

Ketika ini, warga maya dilihat membanjiri media sosial rakan mangsa dengan ucapan takziah atas pemergian mangsa.

“Kami banyak memori bersama ketika bekerja selama tiga tahun di hospital yang sama. Dia seorang yang bijak dan berperwatakan lucu dan rakan yang baik,” kata sahabat mangsa yang dikenali sebagai Joshua.

Dalam pada itu, keluarga mangsa dipercayai telah tiba di Melbourne pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka tidak menghadiri perbicaraan kes berhubung insiden terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh