Connect with us

Jenayah

Nelayan Didakwa Bunuh Lelaki Warga Pakistan Guna Pemutar Sku

GEORGE TOWN: Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.

Kiong Chan Kyam, 38, mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Kiong didakwa membunuh Rashid Mahmood, 48, di Jalan Burma kira-kira 4 petang, 21 Okt mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dihukum mati, penjara hingga 40 tahun dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil tidak menawarkan sebarang jaminan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jan 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel