Wednesday, December 10, 2025

Seorang Penyanyi Wanita Tersohor Kelantan Antara Enam Individu Ditahan Bersama 6,000 Biji Pil Kuda

November 2, 2024
1 min read

Seorang penyanyi wanita tersohor di Kelantan menjadi antara enam individu ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi Jumaat.

Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan bersama ribuan pil kuda di sebuah bilik hotel selepas mereka selesai berhibur di pusat hiburan bahagian bawah hotel berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, dalam tangkapan tersebut, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.

Dua daripada mereka dilaporkan masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram manakala empat lagi masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Sumber berkata kesemuanya dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.

“Dua lagi lelaki yang identiti mereka tidak dikenali bagaimanapun dapat melarikan diri sejurus bilik berkenaan diserbu.

“Wanita yang ditahan itu adalah artis tempatan Kelantan,” katanya.

Menurut sumber, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.

Selain itu, turut difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan turut sudah dimaklumkan berkaitan penahanan enam rakyat Malaysia dari Kelantan itu.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh