Connect with us

Jenayah

Penyanyi Tersohor Kelantan Bersama 5 Individu Positif Dadah

Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan bersama lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand kelmarin disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap polis Thailand berkata, enam individu termasuk tiga wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat, esok untuk mendapatkan perintah reman selepas ditahan di lokap polis Sungai Golok.

“Mereka akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sungai Golok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan oleh polis Thailand,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, keenam-enam mereka dijangka akan didakwa bersama kerana memiliki 6,000 pil kuda itu, namun siasatan masih diteruskan.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, pada 6 pagi, Jumaat.

Hasil pemeriksaan di dalam bilik terbabit telah menemukan kira-kira 6,000 biji pil kuda dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan dua daripada suspek yang ditahan, dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Terkini memetik laporan Astro Awani, Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Advertisement

Mahkamah Narathiwat membenarkan penahanan keenam-enam suspek rakyat Malaysia itu sehingga siasatan polis selesai.

Menurut jurucakap Mahkamah Narathiwat. suspek akan menunggu sehingga mahkamah membacakan kes, sebelum boleh memohon untuk ikat jamin dengan jumlah mengikut budi bicara mahkamah.

Kata jurucakap berkenaan, dalam tempoh berkenaan. bergantung juga kepada mahkamah untuk memberikan ikat jamin bersyarat seperti tidak membenarkan suspek keluar dari Thailand atau dipasang gelang pengesan luar kawasan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel