Connect with us

Terkini

Peanut Si Tupai & Fred Si Rakun Mati Dibunuh Selepas Dirampas Agensi Alam Sekitar

BANDAR RAYA NEW YORK – Seekor tupai yang menjadi sensasi internet mati dibunuh oleh pegawai alam sekitar selepas ia dirampas daripada pemiliknya Rabu lalu, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar (DEC) Negeri New York merampas tupai bernama Peanut serta seekor rakun bernama Fred selepas agensi itu mengetahui haiwan-haiwan tersebut berkongsi kediaman dengan manusia.

“Ia mewujudkan potensi pendedahan manusia kepada penyakit rabies,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Chemung.

Advertisement

Kedua-dua Peanut dan Fred terpaksa dibunuh untuk menguji rabies, tambah kenyataan itu tanpa menjelaskan bila haiwan-haiwan tersebut dibunuh.

Video Peanut The Squirrel KLIK SINI

Ujarnya lagi, salah seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan ke atas Peanut dan Fred telah digigit oleh tupai itu.

“Pegawai sedang menyelaraskan usaha untuk memastikan perlindungan kesihatan awam berkaitan dengan pemilikan haram haiwan liar yang berpotensi membawa virus rabies,” jelasnya.

Peanut yang mempunyai 537,000 pengikut di Instagram, tinggal bersama pemiliknya, Mark Longo selama tujuh tahun selepas induknya mati dilanggar kereta di Bandar Raya New York.

Advertisement

Longo berkata, dia pernah cuba melepaskan Peanut kembali ke alam liar, namun tupai itu pulang ke rumahnya dengan keadaan salah satu tulangnya terkeluar dari bahagian ekor. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel