Connect with us

Sukan

Al Hilal Mahu Tamatkan Kontrak Neymar?

Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal didakwa bakal menamatkan kontrak bintang bola sepak Brazil, Neymar lebih awal susulan masalah kecederaan terbaru yang dialaminya.

Neymar baru sahaja pulih daripada kecederaan ligamen lutut dan kembali bermain pada bulan lalu.

Bagaimanapun, dia terpaksa meninggalkan padang sekali lagi hanya selepas 29 minit dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia antara Al-Hilal dan Esteghlal pada Isnin.

Neymar cuba menenangkan keadaan dengan mengatakan kecederaannya hanyalah kekejangan otot. Bagaimanapun, laporan lain menyatakan kecederaan itu mungkin menyebabkan beliau perlu berehat selama tiga bulan.

Advertisement

“Malangnya, ini bukan kecederaan biasa. Nampaknya dia mengalami kesakitan otot dan bukannya masalah pada lutut,” jelas Jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus.

Justeru, pihak kelab dikhabarkan semakin ‘hilang sabar’ dengan bekas pemain Barcelona dan PSG ini, dan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontraknya pada Januari nanti, menurut laporan daripada portal Brazil, UOL.

Mereka khuatir Neymar tidak akan mampu memberi sumbangan terbaik untuk baki enam bulan musim ini, walaupun beliau mengikat kontrak bernilai £130 juta (kira-kira RM737 juta) setahun yang bakal tamat pada akhir kempen.

Bagaimanapun, Al-Hilal sedang menilai kemungkinan untuk mengakhiri kontrak Neymar secara persetujuan bersama untuk membolehkan kelab menjimatkan pembayaran gajinya dan mencari pemain baru.

Neymar, 32, kini adalah salah seorang daripada lapan pemain asing berusia lebih 21 tahun dalam skuad Al-Hilal.

Advertisement

Kelab Arab Saudi itu membayar £78 juta (kira-kira RM442 juta) untuk mendapatkan Neymar dari PSG tahun lalu, tetapi hanya memperoleh sedikit pulangan daripada pelaburan tersebut.

Neymar setakat ini hanya tampil dalam tujuh perlawanan kompetitif bersama Al-Hilal, dengan satu gol.

Dalam pada itu, jika kontraknya ditamatkan, Neymar mungkin kembali ke Brazil untuk menyertai semula kelab lamanya, Santos, tempat beliau mula mencipta nama.

Terdapat juga laporan bahawa Neymar mungkin bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi dan Luis Suarez, di Amerika Syarikat bersama Inter Miami.

Sumber: Siakap Keli

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel