Ina Naim, 40, hari ini dilaporkan telah sah bergelar isteri kepada seorang juritera, Mohd Khairul Rizal, 41, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada jumaat sekitar jam 9.30 pagi.
Hanya dengan sekali lafaz, Ina Naim yang juga balu kepada penyanyi Suhaimi Saad sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Telur Pindang Tradisi Johor memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.
Ina Naim atau nama penuhnya, Nordiana Md Naim, 40, telah menerima mas kahwin berjumlah RM100.
Salah seorang anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam yang menghadiri majlis akad nikah tersebut juga turut membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.
Majlis tersebut dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat serta ditonton lebih 10,000 orang di TikTok.
Terdahulu, Ina yang juga seorang penyanyi berkahwin dengan anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, pada 12 Ogos 2007, namun Allahyarham meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI