Connect with us

Jenayah

Zamil Ibrahim Ditahan SPRM

Zamil Ibrahim dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa memeras ugut dan meminta suapan sebanyak RM20,000 daripada seorang mudir sebuah maahad tahfiz di Kedah.

Menurut sumber, Zamil yang membuat laporan polis ke atas maahad tahfiz berkenaan yang didakwa menyeleweng dan meminta sejumlah wang dengan pihak berkenaan untuk membolehkannya menarik balik laporan polis berkenaan.

Memetik laporan Malaysia Post, Zamil ditahan semalam ketika mahu mengambil wang pendahuluan daripada mudir pusat tahfiz terbabit sebanyak RM20,0000.

Zamil ditahan di Masjid Bidong, Gurun, Kedah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Advertisement

“Dia ditahan di Masjid Bidong, Gurun ketika mahu mengambil wang sebanyak RM20,000 daripada mudir maahad tahfiz berkenaan.

“Hari ini dia dibawa oleh SPRM ke mahkamah Alor Setar untuk proses reman,” kata sumber.

Dalam pada itu, sumber SPRM mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Zamil kini ditahan reman untuk proses siasatan.

Sementara itu, Zamil ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman mendakwa dia telah ditipu dan dianiayai.

Ketika dibawa ke kenderaan SPRM, Zamil berkata dia akan membuat laporan polis terhadap apa yang menimpanya kini.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel