Wednesday, December 10, 2025

‘Donut Berayaq berayaq apa benda’ – Netizen tegur cara marketing, jadi ikutan kanak-kanak

November 12, 2024
1 min read

Tular di media sosial mengenai donat susu berayaq yang didakwa menggunakan tagline berunsur lucah untuk mempromosikan jualannya.

Dalam video yang tular, peniaga tersebut dilihat membuat aksi tidak senonoh sambil menyebut perkataan ‘berayaq lagi, berayaq lagi, jet lagi’.

Video tersebut telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang mana rata-rata meminta agar marketing sebegini dihentikan kerana mempromosi perkara tidak senonoh dan menyamakan makanan dengan perkara jijik.

Salah seorang pengguna X dikenali sebagai Faiz Fayeshz turut meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan kerana melakukan promosi berunsurkan lucah.

“Tolonglah report beramai-ramai akaun ini, kita tak boleh nak halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang pemasaran lucah macam ini. MCMC, tolong ambil tindakan,” tulisnya.

Hantaran itu menerima respon daripada MCMC dan menjelaskan akan melaksanakan penelitian lanjut mengenai promosi lucah donat susu berayaq ini.

“Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, Tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan. Terima kasih atas keprihatinan Tuan,” jelasnya.

Terkini tukar lagi sebuah video di X memaparkan seorang kanak-kanak dilihat meniru aksi tersebut bagi mempromosi kedai buah-buahannya.1

Menurut posting X itu, ini adalah kesan negatif daripada perbuatan tidak senonoh penjual donut tersebut yang menjadi ikutan remaja di bawah umur.

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh