Mayat seorang wanita berusia 80-an yang dipercayai telah dibunuh anaknya tiga tahun lalu ditemukan disimpan di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Klang Lama.
Suspek seorang warga tempatan berusia 53 tahun telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan pihak polis telah menemukan mayat warga emas itu di sebuah rumah di Taman OUG susulan laporan oleh anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan.
Memetik laporan Berita Harian, lelaki berusia 50-an itu memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.
“Polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang wanita pada jam 8.48 pagi di dalam peti sejuk beku.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mayat mangsa dilaporkan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, sementara polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI