KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta, pagi ini.
Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Menurut Gurdial Singh, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lepas.
Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.
Sumber: Bernama
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI