Connect with us

Kemalangan

Wanita Maut Dihempap Kontena, Polis Tahan Pemandu Lori

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas sebuah kontena yang dibawa oleh sebuah lori tiba-tiba terjatuh dan menghempap keretanya dalam kejadian yang berlaku berhampiran Bukit Mertajam Pulau Pinang pagi tadi, 13 November 2024.

Menurut laporan The Star, mangsa dikenali sebagai Lee Zi Rou berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat daripada kecederaan parah selepas tersepit didalam kereta yang dihempap oleh kontena tersebut.

Difahamkan ketika kejadian kereta berkenaan sedang berhenti menunggu lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Sireh dan Jalan Bukit Tengah.

Mangsa maut apabila dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah lori dari arah bertentangan ketika lori terbabit membuat pusingan ke kiri.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Mohd Nor Azamuddin Abdullah menyatakan bahawa kemalangan ini turut menyebabkan seorang lagi pemuda berusia 25-tahun di dalam kereta yang sama cedera.

“Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala mangsa wanita yang tersepit kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” katanya dan menambah wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi.

Terkini dilaporkan pihak polis telah menahan pemandu lori yang mengakibatkan kontena dibawanya terbalik dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata, permohonan reman ke atas pemandu berusia 51 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

“Dia ditahan untuk siasatan dan setakat ini, ujian saringan air kencing dijalankan mendapati negatif alkohol,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Helmi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel