Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman pengarah syarikat bergelar Datuk disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai kira-kira RM 1.1 juta.
Perintah reman selama enam hari hingga 17 Nov itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini.
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an yang merupakan warga Bangladesh itu ditahan kira-kira 9 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di SPRM Selangor.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota melibatkan 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.
“Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM650,000 dan RM460,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sumber: BERNAMA
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI